Resipi ni saya dapat dari kawan masa kerja kat KL dulu iaitu Kak Norma. Rasanya pun bolehlah tahan juga.
Bahan:-
14 oz tepung gandum
8 oz butter
12 oz gula castor
6 biji telur
4 oz pisang (pisang emas saya guna) lecet
3 oz susu cair } dicampurkan agar menjadi seperti tairu
Sedikit jus limau nipis (saya guna 1/2 biji) }
11/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikabonet
1 sudu teh esen vanilla
Cara:
Panaskan oven dan loyang di sapu butter (loyang 9x3)
Putar butter bersama gula sampai kembang, masukkan telur satu persatu. Bila sebati masukkan tepung sikit-sikit putar sampai sebati. Masukkan campuran susu dan pisang lecet tadi. Kacau sebati. Tuang dalam loyang bolehlah di bakar api 180 C sehingga masak.